Entry kali ini hana berkongsi tentang PENYAKIT MENINGITIS dan bagaimana hana berkenalan dengan shaklee produk."TERIMA KASIH UMI GIE."Orang yg telah memperkenalkan shaklee pada hana.
"Mommi lebih sayang adik javier"sebak mendengarkan luahan rasa si kakak melinda mei anak kedua saya.Maafkan mommi bukan niat utk pilih kasih tetapi keadaan mengharuskan daku menyayangi javier si hebat "cerebral palsy"lebih dari org lain.
Anugerah ini perlahan2 kami terima dengan penuh redha tanpa persoalan dan keraguan.Hanya ucapan syukur kerana diberi keistimewaan lebih dari orang lain."Ya TUHAN engkau maha adil dan mengasihi umatmu."
Tahun 2012...seawal 4 bulan anak "javier jav" menghidap penyakit meningitis yg tak tahu munculnya dari mana.2 minggu berperang antara hidup dan mati koma di wad picu.sedar kemudiannya dan menghabiskan masa 2 bulan di hospital.Setelah Discharge hospital pastinya bukan seperti sebelumnya.gelak tawa,senyuman tidak lagi kelihatan.Lebih teruk lagi doktor mengesahkan anak ini adalah golongan "CEREBRAL PALSY"@Lumpuh.Hanya sekeping hati yg penuh sabar dan tabah serta bersandarkan panduan kerohanian menjadi kekuatan buat kami suami isteri.
Kekerapan berulang ke hospital kerana antibodi yg lemah, demam yg kerap,semput dan seringkali ditahan sebab jangkitan kuman paru-paru membuatkan saya mencari alternatif lain utk mengurangkan kesakitan yg dialami oleh javier.boleh dikatakan hospital adalah rumah kedua kami.Bukan mudah bagi seorang ibu berkerjaya seperti saya.
Akhirnya saya memilih utk tidak bergantung 100% dengan bekalan ubat hospital.Saya mulai jatuh cinta dengan shaklee selepas diperkenalkan oleh Pn.Reziyah@umi gie.Saya memilih utk mengambil set vitamin utk kanak2 iaitu mealshake,chewable vitamin c plus,nutriferon dan omega guard secara konsisten.Hasilnya cukup positif dan mengembirakan kerana antibodi anak makin kuat,jarang semput,jarang sawan kejang dan jarang demam.Hospital hampir dilupakan selain temujanji doktor pakar.Bekalan ubat sawan hospiral juga telah berkurang dari 2 jenis ke satu jenis sahaja.Dengan izin TUHAN anak menemui supplemen yg bersesuaian dengan masalah kesihatannya.Di pendekkan cerita javier makin sehat.
Ok...jom ketahui apa itu MENINGITIS pula.
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
Penyakit Meningitis (Meningococcal)
Apakah Penyakit Meningitis (Meningococcal)?
Meningitis adalah satu penyakit melibatkan keradangan pada selaput otak dan saraf tunjang.
Penyakit meningitis boleh disebabkan oleh jangkitan virus, bakteria atau kulat. Salah satu bakteria penyebabnya ialah Neisseria meningitidis dan jangkitan oleh bakteria ini dipanggil sebagai jangkitan Meningococcal Meningitis.
Penyakit meningitis kebanyakannya berlaku di kalangan kanak-kanak dan remaja tetapi boleh juga melibatkan semua peringkat umur. Mereka yang mempunyai tahap imuniti yang rendah, kontak terdekat pesakit dan pelancong yang melawat kawasan wabak juga mempunyai risiko tinggi mendapat meningitis.
Cara Jangkitan
Penyakit meningitis berjangkit secara langsung melalui titisan rembesan salur pernafasan dari hidung dan tekak orang yang dijangkiti.
Tanda dan Gejala
5 hingga 10 peratus daripada mereka yang dijangkiti tidak menunjukkan gejala penyakit.
Tanda-tanda dan gejala adalah seperti berikut :-
DemamSakit kepala yang terukKetegangan atau sakit pada tengkukMata terasa sensitif melihat cahaya (photosensitive)Ruam pada badanLain-lain tanda seperti kepeningan dan kebingungan (drowsiness and confusion)Tidak sedarkan diri
Komplikasi
Tanpa rawatan yang sempurna, pesakit meningitis mungkin mengalami masalah sistem saraf seperti lumpuh dan pekak atau kematian.
Rawatan
Sekiranya anda mempunyai tanda dan gejala penyakit meningitis, anda diminta menjalani pemeriksaan dan pengesahan di klinik atau hospital yang berdekatan. Penyakit Meningococcal Meningitis boleh dirawat menggunakan antibiotik. Pengambilan antibiotik untuk pencegahan (prophylaxis antibiotic) hanya disyorkan kepada kontak terdekat pesakit. Penyakit Meningococcal Meningitis boleh dicegah melalui pemberian pelalian.
TUHAN ITU MAHA MENGASIHI DIA BUKAN SAHAJA MEMBANTU MENJAGA KESIHATAN JAVIER TETAPI MEMBERI JALAN REZEKI BUAT SAYA.SYUKUR YA TUHAN.