Setahun yang lepas hana pernah mengalami sakit mata yg teruk.Paling teruk adalah punca dan jenis penyakit tidak dpt dikenal pasti.Bila mata jadi merah dan uratnya timbul akan rasa sakit kepala,pening,loya,mata silau dan langsung tk boleh lakukan apa2 aktiviti.hmm...lama kelamaan saya seperti putus asa utk sembuh atau baik dari permasalahan tersebut.
Dibekalkan dengan ubat penahan sakit yg paling kuat iaitu PREDNISOLONE bukanlah pilihan yg terbaik tetapi dgn ubat ni je hana boleh bertahan.SILA AMBIL PERHATIAN LAKUKAN PEMERIKSAAN MATA DI HOSPITAL PAKAR TERLEBIH DAHULU SEBELUM MENGAMBIL UBAT NI OK.Ini kerana ubat ini hanya boleh di ambil kurang or 6 bulan.pengambilan yg lama akan menyebabkan komplikasi kemerosotan kesihatan yg lain.
Kali ni hana rasa terpanggil untuk berkongsi tentang penyakit mata.Semoga memberi manfaat bersama.
Sakit Mata Beserta Kemerahan
■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■■
■Pengenalan
Mata merah beserta kesakitan merupakan petanda masalah mata yang serius dan memerlukan perhatian perubatan dengan segera. Jika rawatan ditangguhkan ia boleh menyebabkan kebutaan kekal.
Penyebab mata merah beserta kesakitan yang biasa berlaku termasuk Ulser Kornea, Glaukoma Akut dan Uveitis.
1. Ulser Kornea
Kornea merupakan lapisan terluar mata. Permukaan kornea adalah jernih, berbentuk kubah yang meliputi bahagian hadapan mata dan membantu memfokus cahaya ke retina. Jangkitan pada kornea berlaku apabila bakteria berjaya memasuki kornea melalui luka atau kecederaan pada permukaan kornea. Pengguna kanta sentuh mempunyai risiko tingga untuk mendapat ulser kornea jika arahan cara pemakaian dan penjagaan tidak diikuti dengan betul.
Tanda dan gejala ulser kornea:
~Sakit mata yang teruk
~Mata berair
~Berpasir atau berbiji
~Sensitif pada cahaya (fotofobia)
~Kabur
Pada sesetengah pemakai kanta sentuh, kornea mungkin akan menjadi kurang sensitif terhadap rasa sakit oleh itu pemakai hanya akan mengadu mengenai kemerahan dan rasa gangguan pada kornea sahaja.
Ulser Kornea adalah masalah serius yang mengancam penglihatan. Sesetengah bakteria amat agresif dan boleh menembusi kornea dan menyebabkan jangkitan dalam bola mata (endophthalmitis).Oleh itu, rawatan perubatan segera adalah amat penting.
2. Glaukoma Akut
Glaukoma jenis akut adalah merupakan kes kecemasan bagi penyakit mata. Ia terjadi berikutan peningkatan tekanan bola mata yang mendadak disebabkan oleh masalah pengaliran cecair dari dalam ke luar mata. Bola mata menjadi keras dan menyebabkan kesakitan yang teruk.
Tanda-tanda dan gejala glaukoma akut:
~Sakit mata yang mendadak
~Kabur
~Pandangan berpinar (kelihatan gegelang berwarna warni di keliling cahaya)
~Sakit kepala
~Loya dan mungkin muntah
Adalah mustahak bagi pesakit glaukoma akut dirawat oleh doktor mata dengan segera bagi menghentikan serangan.Kelewatan dalam rawatan boleh nmengakibatkan kehilangan penglihatan yang kekal.
3. Uveitis
Uveitis adalah sekumpulan penyakit radang okular yang melibatkan lapisan dalam mata seperti iris, badan siliari dan koroid. Sebahagian kes uveitis tidak diketahui sebabnya manakala sebahagian lagi adalah disebabkan penyakit sistemik seperti Rheumatoid arthritis (radang sendi), jangkitan kuman dan juga barah. Uveitis boleh melibatkan satu atau kedua belah mata. Ia tidak berjangkit. mata atau kedua-dua mata. Mata merah pada uveitis selalunya merupakan tompokan merah yang mengelilingi kornea.
Mata merah sekeliling kornea
Tanda-tanda dan gejala uveitis:
~Sakit mata
~Sensitif pada cahaya (fotofobia)
~Kabur
~Kadang kala megalami floaters (kelihatan bayangan terapung di hadapan mata yang sakit)
Pakar mata boleh mendiagnos uveitis dengan melakukan pemeriksaan teliti menggunakan peralatan khas seperti lampu celah (slit lamp). Uveitis memerlukan rawatan yang betul dan rawatan ulangan. Dalam kes Uveitis yang berulang dan melibatkan kedua belah mata, kemungkinan berkaitan dengan penyakit sistemik. Oleh itu penyiasatan (ujian darah dan x-ray) perlu dilakukan bagi mencari punca penyakit agar rawatan yang tepat dapat diberikan. Kelewatan rawatan boleh menyebabkan komplikasi seperti katarak dan glaukoma.
Okey...sambung ttg masalah mata hana tadi setelsh puas menelan ubat hospital dsn jalani pelbagai ujian mata termasuk MRI hana ikhtiar,usaha dengan supplemen set kesihatan mata shaklee iaitu KOLAGEN POWDER,ESP DAN CAROTOMAX.Dengan izin TUHAN sakit mata hana dapat diatasi.Terima kasih pada sahabat merangkap mak shaklee hana UMI GIE yg memperkenalkan produk shaklee ni.Jika tidak saya tak tahu apa akan jadi.kini saya lebih sehat dan bertenaga menjaga anak2 terutamanya ANAK SYURGA kami Javier Jav.Syukur yang amat dan terima kasih di atas KEAJAIBAN yg kau berikan pada hambamu ini.
No comments:
Post a Comment